Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin

Saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin dari mnnama.co.cc dan keluarga.

Wednesday, September 2, 2009

Video Pewaris kat Taman Negara - Endau Rompin

Thanks to penumbok dinding for the uploading, bro

1. Budak budak pewaris dan urusetia menari sewang.. enjoy



2. Slaid sepanjang program berlangsung... enjoy



secara keseluruhan program kat sini memang best.. terima kasih kat Hj. Hashim , PPD Mersing, PPD Pontian dan AADK atas usaha menganjur khemah kerja yang mantap.

Sunday, August 30, 2009

Straits View Pictures

>Assalamualaikum,

akhirnya blog photography aku siap gak, harap dapat sambutan dari kawan kawan semua.




Support Straits View Pictures kat facebook korang semua, be a fan, hehehe, kepada semua kawan-kawan sila ke http://straitsviewpictures.wordpress.com

-=mnnama=-
Straits View Pictures

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Berpuasa

Quick Updates...

Selamat Berpuasa kepada semua , semoga mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini , dimurahkan rezeki dan dipanjang umor...

-=mnnama=-

Sunday, June 7, 2009

Hitam Putih , Penilaian Terbaik

Aku kat Lenga, Batu 28, Kg. Melayu Baru. Proses Penilaian Komuniti Bestari Terbaik 2008, Semoga Komuniti Bestari Mukim Lenga memenangi Pertandingan Tersebut. Amin. Aku sertakan sikit coretan hitam putih semasa berlangsungnya pertandingan tersebut. Sekalung Tahniah kepada barisan kepimpinan yang turut hadir memberikan sokongan kepada Komunti Bestari Mukim Lenga.
Lama aku tak tulis cite kat blog aku, bulan Mei dan Jun consider busy bagi aku banyak giler aktiviti anjuran pejabat aku. asik aku outstation je laa. aku tak tau nak upload brape banyak gambar aku kat Mukim Lenga nie. ape pun nie la karya outdoor aku yang pertama yang aku publish. Gambar pewaris aku tak publish, sorry bai.. gambar dalam laptop lain. nanti bile aku rajin sikit serius aku akan uplod , ape ape korang enjoy tengok pic yang aku upload.. dari Sifu dan tongga, hahaha , aisehmen... ngantuk siot... titon time , papai









Friday, May 15, 2009

Aku di Pekan Tampok


Bulan Mei, Bulan ni yang teramat 'busy' bagi aku. Bulan ni ade 2 Program Pewaris Muda Negara, Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor dengan kerjasama Komuniti Bestari dan IPTA. Pada Minggu nie dengan Universiti Utara Malaysia. Program ini dilaksanakan di Pekan Tampok, Benut Pontian dari 12 hingga 16 Mei 2009, sebenarnya aku saja tulis awal sebab program ni masih lagi berlangsung esok Majlis Penutupnya, kali nie aku mesti semangat nak upload gambar, sebab dari aritu aku nak upload aku tak upload pon gambar. nanti aku sambung lagi artikel aku sekali dengan gambar... huhahua mesti punya kali ade gambar tapi lepas Program abis laa, bile da select dan edit gambar

Friday, April 10, 2009

Dunia Baru

Assalamualaikum,

berbulan da aku tak update blog aku, sebenarnya aku busy dengan Majlis Perkahwinan aku... insyallah aku akan susulkan dengan gambar gambar perkahwinan aku kat blog aku ni, lepas je selesai aku kahwin. Aku bertugas kat Pilihanraya Kecil (P059) Bukit Gantang, apa boleh buat nasib tidak menyebelahi BN, apa pun aku ucapkan sekalung tahniah kepada semua petugas tak kire di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.

Kali ni dalam Pilihanraya Bukit Gantang aku bertugas di Pusat Media, Agak sibuk kerana petugas petugas media sekarang ni update 'story' dan gambar dieorang online. So ramai la press yang guna 'Media Centre' ni. Nanti aku aku susulkan juga gambar
Media Centre' dan aku berkesempatan berkenalan dan bersalaman dengan blogger tersohor, 'Rocky Bru' blogger dan wartawan senior dalam dunia kewartawanan.

Sekarang ni aku tengah fokus untuk mengembang sayap aku ke arah fotography dengan kerjsama isteri aku, aku dan isteri aku tengah bersiap sedia untuk menyediakan perkhidmatan fotography untuk majlis perkahwinan.

So Sesiapa yang nak kahwin dan ade contact untuk member member yang nak kahwin boleh la hubungi aku. nanti aku akan susulkan contact aku yang lengkap serta blog tentang pakej Fotografi aku. semoga mendapat sokongan dan kerjasama daripada korang semua.

Monday, February 23, 2009

Hujan Lebat

Hari ini hujan lebat kat jb, setelah sekian lama x hujan, bagus... sejuk sikit bandaraya jb. Aku dalam bulan Febuari ni langsung tak tulis blog.. sibuk dengan kerja banyak kursus dan sambil menguruskan majlis aku... niari aku lepak kat KB Kg. Pok check komputer kat sane, lepas tu gi Nusajaya join rombongan JKPKP Negeri Johor lawatan kerja ke Bandar Nusajaya.. wah sesungguhnya aku amat busy busy sampai ler ke bulan 3 semoga semuanya selamat... Amin

Thursday, January 29, 2009

Kantin RTM



Tepat kol 1.10 petang aku turun ke kantin RTM, rehat makan tengah hari.. aku duk kat meja hujung skali lepak dengan budak Technician STT.. tiba tiba aku terpandang rupa nya kantin RTM dah dilengkapi dengan WiFi.. canggih betul.. lepas ni lepak kantin pon boleh tulis blog.. tahniah kepada pengurusan RTM.. caya laaa





Conteng Conteng




Hari ini aku pamer bahan bahan contengan aku dengan Afiq(budak Praktikal) hahaha.. untuk tatapan umum...

Komen komen sila komen



Monday, January 19, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah Syukur segala puji kepada tuhan pencipta alam.

Dap Dup Dap Dup..

Lega aku berjaya walaupun aku berdebar, aku memang ada darah gemuruh..

Alhamdulillah semuanya selamat... Amin





Friday, January 16, 2009

Mari Menderma ke Tabung Palestine

Hari ini Jumaat, lewat siot aku ke pejabat kul 8.30 pagi aku sampai. Cuaca arinie agak panas, bila tiba tengah ari sampai la waktu Solat Jumaat, hari ni aku solat kat Masjid Wadi Hassan, selalu aku gi kat Masjid Kolam Air je.. sampai kat masjid aku tgk ade sekumpulan lelaki berkumpul edarkan kain dan poster untuk protes kezaliman rejim zionis. Lepas selesai solat Jumaat Kumpulan ni pon berkumpul bersama orang awam, Kumpulan Pengusaha Malambar, Persatuan Peniaga India Muslim la agak nya yang menganjurkan demonstrasi ni. Bagusnya kumpulan ini berjaya mengutip sebanyak RM40 Ribu dari persatuan mereka untuk disumbangkan kepada mangsa perang di Palastine. sedih marah pon ade bila aku dgr kekejaman rejim zionis bagi kite di Malaysia ini aku setuju sangat dengan kita hulur bantuan derma kepada palestine, sekurang-kurang ada gak tanggungjawab kita untuk membantu umat Islam kat sane. lepas aku tgk demonstrasi tu aku gi makan nasi padang cathay, sedap siot... tak leh angkat hari ni Abg Hamzah yang belanja.. terima kasih abg Hamzah lain kali belanja lg.


Thursday, January 15, 2009

Aku dan Vitamin

Selamat pagi, hari aku first day makan pil vitamin, vitamin untuk orang yang kurang makan sayur sayuran macam aku. Semalam aku gi Phamarcy die suggest aku vitamin yang nie. Blackmores - Anti Oxidant.Telan je laaa, dah petang da ni aku sambung edit posting blog aku, sekali aku edit ilang semua aku punya configuration setting, aku tak save lak tu template.. arghh tension.. takpe esok pagi aku telan pil vitamin lagi...Tadi aku tak pegi segamat. ingat nak turun gak segamat jumpe bloggers Segamat, tapi banyak kerja lagi kat opis untuk aku settlekan jadi aku tak pegi ke Segamat. Kepada JAV Segamat terima kasih membantu nanti aku belanja korang makan.

Hari ni aku ngan afiq(bdk praktikal) setting blog untuk Haji Hashim, korang leh la view blog Haji kat http://www.jutawanwajok.blogspot.com die lom update lagi kot content die... Hari ni gak ade Wakil dari Kedutaan Indonesia buat lawatan kerja ke opis aku, nanti esok aku update gambar ke sini.. kalau aku rajinlaa. kepada baijaybee, Tahniah atas kenaikan pangkat.. selamat melapor diri pada esok 16.01.09 semoga terus maju dan berjaya... kojo la ekau kek nogori bai..

ok aku blah dulu, Chowwwww


Monday, January 12, 2009

Taklimat oh Taklimat

Arinie settle Taklimat PMR, protal PMR dah tukar interface baru, lebih canggih dan lebih mesra pengguna, skang ni database takya pakai password lagi terus leh search je kat protal, macam - macam info bertambah, ade video ade blog Menteri, KP , TKP dan Blog Perdana. semoga kawan - kawan yang datang taklimat PMR terus berusaha untuk memajukan portal PMR.

http://pmr.penerangan.gov.my - tepat dan terkini


Saturday, January 10, 2009

2008 hingga 2009

Lama sungguh aku tak menulis blog, rasa malas, pertama aku nak cerita dari bulan disember 2008 dimana aku pegi Taklimat Isu - Isu semasa di Angkasapuri, Kuala Lumpur masa tu jugak sempat aku melawat arwah Cik Aini Md. Yusof, bekas Pengarah Penerangan Negeri Johor, aku sempat bermohon maaf dengan arwah, kemudian dalam bulan tu juga aku tak ingat laa tarikh die, Cik Aini kembali Rahmatullah. aku, Iqbal, Rozaimi, Mat Nor Hamid dan Suhazli malam tu juga pegi melawat jenazah Arwah Cik Aini, Moga Allah Tempatkan Arwah di tempat yang terpuji bersama golongan orang orang yang beriman, Amin, Al - Fatihah.

Lepas daripada tu semua aku bercuti, cuti panjang aku ke Jakarta. Boleh la aku jalan-jalan kat sane cari sikit barang-barang untuk persiapan aku

kat sini aku listkan tempat-tempat yang aku pegi mase kat sane

1. ITC dan WTC Mangga Dua - tempat shopping beg tangan tiruan dan cenderamati, pakaian langsir dan macam macam lagi kira kalau kat johor macam pasar larkin macam tu

2. Tanah Abang - tempat beli pakaian, telekung, baju batik dan spesiali baju kebaya memang murah beb

3. Senen, Jalan Bongor - Tempat Percetakan sini korang tempahla ape yang korang nak macam kalendar, card , banner dan sebagainya, murah beb..

4. Pasar Baru - Tempat textile memang berbaloi, murah dan boleh tempah blazer satu set dalam masa 2 hari, punya cepat dieorang bikin kerja

5. Pasaraya dan Blok M plaza - Shopping complex biasa je lebih kurang kat malaysia tapi kat sini ada satu floor khas jual batik indonesia yang mempunyai gred yang baik.

6. Sarinah - shopping complex same je macam kat malaysia beb

gambar aku ke Jakarta aku takde amik pasal aku memang tak minat bergambar gambar ni sangat tapi gambar mase melawat arwah Cik Aini di HKL ada tapi sampai ari nie Borhan tak emel pada aku lagi. nanti aku usahakan. Assalamualaikum