Thursday, January 29, 2009

Kantin RTM



Tepat kol 1.10 petang aku turun ke kantin RTM, rehat makan tengah hari.. aku duk kat meja hujung skali lepak dengan budak Technician STT.. tiba tiba aku terpandang rupa nya kantin RTM dah dilengkapi dengan WiFi.. canggih betul.. lepas ni lepak kantin pon boleh tulis blog.. tahniah kepada pengurusan RTM.. caya laaa





Conteng Conteng




Hari ini aku pamer bahan bahan contengan aku dengan Afiq(budak Praktikal) hahaha.. untuk tatapan umum...

Komen komen sila komen



Monday, January 19, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah Syukur segala puji kepada tuhan pencipta alam.

Dap Dup Dap Dup..

Lega aku berjaya walaupun aku berdebar, aku memang ada darah gemuruh..

Alhamdulillah semuanya selamat... Amin





Friday, January 16, 2009

Mari Menderma ke Tabung Palestine

Hari ini Jumaat, lewat siot aku ke pejabat kul 8.30 pagi aku sampai. Cuaca arinie agak panas, bila tiba tengah ari sampai la waktu Solat Jumaat, hari ni aku solat kat Masjid Wadi Hassan, selalu aku gi kat Masjid Kolam Air je.. sampai kat masjid aku tgk ade sekumpulan lelaki berkumpul edarkan kain dan poster untuk protes kezaliman rejim zionis. Lepas selesai solat Jumaat Kumpulan ni pon berkumpul bersama orang awam, Kumpulan Pengusaha Malambar, Persatuan Peniaga India Muslim la agak nya yang menganjurkan demonstrasi ni. Bagusnya kumpulan ini berjaya mengutip sebanyak RM40 Ribu dari persatuan mereka untuk disumbangkan kepada mangsa perang di Palastine. sedih marah pon ade bila aku dgr kekejaman rejim zionis bagi kite di Malaysia ini aku setuju sangat dengan kita hulur bantuan derma kepada palestine, sekurang-kurang ada gak tanggungjawab kita untuk membantu umat Islam kat sane. lepas aku tgk demonstrasi tu aku gi makan nasi padang cathay, sedap siot... tak leh angkat hari ni Abg Hamzah yang belanja.. terima kasih abg Hamzah lain kali belanja lg.


Thursday, January 15, 2009

Aku dan Vitamin

Selamat pagi, hari aku first day makan pil vitamin, vitamin untuk orang yang kurang makan sayur sayuran macam aku. Semalam aku gi Phamarcy die suggest aku vitamin yang nie. Blackmores - Anti Oxidant.Telan je laaa, dah petang da ni aku sambung edit posting blog aku, sekali aku edit ilang semua aku punya configuration setting, aku tak save lak tu template.. arghh tension.. takpe esok pagi aku telan pil vitamin lagi...Tadi aku tak pegi segamat. ingat nak turun gak segamat jumpe bloggers Segamat, tapi banyak kerja lagi kat opis untuk aku settlekan jadi aku tak pegi ke Segamat. Kepada JAV Segamat terima kasih membantu nanti aku belanja korang makan.

Hari ni aku ngan afiq(bdk praktikal) setting blog untuk Haji Hashim, korang leh la view blog Haji kat http://www.jutawanwajok.blogspot.com die lom update lagi kot content die... Hari ni gak ade Wakil dari Kedutaan Indonesia buat lawatan kerja ke opis aku, nanti esok aku update gambar ke sini.. kalau aku rajinlaa. kepada baijaybee, Tahniah atas kenaikan pangkat.. selamat melapor diri pada esok 16.01.09 semoga terus maju dan berjaya... kojo la ekau kek nogori bai..

ok aku blah dulu, Chowwwww


Monday, January 12, 2009

Taklimat oh Taklimat

Arinie settle Taklimat PMR, protal PMR dah tukar interface baru, lebih canggih dan lebih mesra pengguna, skang ni database takya pakai password lagi terus leh search je kat protal, macam - macam info bertambah, ade video ade blog Menteri, KP , TKP dan Blog Perdana. semoga kawan - kawan yang datang taklimat PMR terus berusaha untuk memajukan portal PMR.

http://pmr.penerangan.gov.my - tepat dan terkini


Saturday, January 10, 2009

2008 hingga 2009

Lama sungguh aku tak menulis blog, rasa malas, pertama aku nak cerita dari bulan disember 2008 dimana aku pegi Taklimat Isu - Isu semasa di Angkasapuri, Kuala Lumpur masa tu jugak sempat aku melawat arwah Cik Aini Md. Yusof, bekas Pengarah Penerangan Negeri Johor, aku sempat bermohon maaf dengan arwah, kemudian dalam bulan tu juga aku tak ingat laa tarikh die, Cik Aini kembali Rahmatullah. aku, Iqbal, Rozaimi, Mat Nor Hamid dan Suhazli malam tu juga pegi melawat jenazah Arwah Cik Aini, Moga Allah Tempatkan Arwah di tempat yang terpuji bersama golongan orang orang yang beriman, Amin, Al - Fatihah.

Lepas daripada tu semua aku bercuti, cuti panjang aku ke Jakarta. Boleh la aku jalan-jalan kat sane cari sikit barang-barang untuk persiapan aku

kat sini aku listkan tempat-tempat yang aku pegi mase kat sane

1. ITC dan WTC Mangga Dua - tempat shopping beg tangan tiruan dan cenderamati, pakaian langsir dan macam macam lagi kira kalau kat johor macam pasar larkin macam tu

2. Tanah Abang - tempat beli pakaian, telekung, baju batik dan spesiali baju kebaya memang murah beb

3. Senen, Jalan Bongor - Tempat Percetakan sini korang tempahla ape yang korang nak macam kalendar, card , banner dan sebagainya, murah beb..

4. Pasar Baru - Tempat textile memang berbaloi, murah dan boleh tempah blazer satu set dalam masa 2 hari, punya cepat dieorang bikin kerja

5. Pasaraya dan Blok M plaza - Shopping complex biasa je lebih kurang kat malaysia tapi kat sini ada satu floor khas jual batik indonesia yang mempunyai gred yang baik.

6. Sarinah - shopping complex same je macam kat malaysia beb

gambar aku ke Jakarta aku takde amik pasal aku memang tak minat bergambar gambar ni sangat tapi gambar mase melawat arwah Cik Aini di HKL ada tapi sampai ari nie Borhan tak emel pada aku lagi. nanti aku usahakan. Assalamualaikum